Pas: Tak berlaku perubahan
Iklan
Abdul Hadi merupakan Presiden Pas yang paling lama memegang jawatan setakat ini. - Gambar hiasan
Banyaklah suara dalam Pas yang berharap Muktamar Tahunan ke-71 ini akan janjikan perubahan pucuk pimpinan. Tumpuan khusus tentulah pada kedudukan presidennya, Tan Sri Haji Hadi Awang. Ada pandangan mengatakan dah lama sangat beliau di situ, sudah 23 tahun. Patut sangatlah beri laluan pada yang lebih muda. Tun Mahathir yang dituduh lawannya diktator pun beri laluan setelah 22 tahun jadi PM dan Presiden UMNO.
Dalam kalangan ahli parti banyaklah yang mengatakan bahawa ini masa yang baik untuk Tuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ambil alih. Jadi cantik sangatlah parti itu bagi menghadapi cabaran masa ini dan masa depan.