KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Polis Diraja Malaysia di Pahang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan beliau dalam menjaga keselamatan negara.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Juhari Sinjak, 79, di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Pahang.