KUANTAN - Seekor gajah dikesan berkeliaran di kawasan kuarters Klinik Kesihatan Bandar Jerantut, Jerantut hari ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, kehadiran haiwan liar itu disahkan hasil pemantauan selepas pihaknya menerima aduan kira-kira jam 10.15 pagi.