TOKYO – Sebuah jenama fesyen dari Jepun, JennyFax, mencuri perhatian ramai selepas memperkenalkan koleksi terbaharu berupa aksesori rambut yang diperbuat daripada seluar dalam wanita.
Aksesori yang dinamakan “panty ribbon bow” itu dicipta dengan menampal klip rambut logam pada sepasang seluar dalam wanita jenis sutera, sekali gus menghasilkan rekaan unik yang mencetuskan perdebatan hangat.