Pendakwah mualaf dinobat penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Kedah
Iklan
Sultan Sallehuddin berkenan menyampaikan Anugerah Khas Maulidur Rasul kepada Mohd Naim (kanan) sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Wisma Darul Aman.
ALOR SETAR - Pegawai Divisyen Pembangunan Mualaf dan Dakwah Sosial, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Mohd Naim Islam Abdullah, 59, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul peringkat negeri Kedah.
Mohd Naim yang memeluk Islam pada 27 Julai 1985 ketika berusia 19 tahun berkata, pengiktirafan itu memberi semangat kepadanya untuk terus menggiatkan usaha dakwah khususnya dalam kalangan bukan Islam.
Iklan
Iklan
Biarpun mengakui cabaran terbesar dalam usaha dakwah ialah tentangan daripada keluarga mualaf yang dibimbingnya, ia tidak mematahkan semangat untuk menarik lebih ramai bukan Islam mengenali agama ini.
“Sebagai pendakwah mualaf, cabaran terbesar ketika berdakwah kepada mualaf ialah tentangan keluarga dan pandangan negatif mereka terhadap Islam.
Iklan
“Ramai keluarga menentang apabila ada ahli keluarga mereka memeluk Islam. Saya cuba dekati mereka dan jelaskan bahawa Islam tetap menekankan hubungan baik antara anak dengan ibu bapa, walaupun berbeza agama. Saya sendiri menjadi contoh kerana masih menjaga hubungan baik dengan keluarga selepas memeluk Islam,” katanya.
Mohd Naim berkata demikian ketika ditemui selepas menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul peringkat negeri yang disampaikan oleh Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, di Wisma Darul Aman pada Jumaat.
Iklan
Mohd Naim (tiga dari kanan) bersama ibunya, S Subbamah, 78 (dua dari kiri) serta ahli keluarga selepas menerima anugerah sempena Maulidur Rasul peringkat negeri pada Jumaat.
Anak kelahiran Sungai Petani ini berkata, anugerah tersebut mencetuskan semangat untuk dirinya menghasilkan beberapa siri buku berkaitan keunggulan dan kebenaran Islam.
“Insya-Allah, saya akan menulis empat siri buku berkaitan dakwah Islamiah kepada bukan Muslim dan mualaf, tarbiyah Islamiah kepada mualaf, bantuan kebajikan kepada asnaf mualaf serta kaunseling atau khidmat nasihat kepada mualaf. Mudah-mudahan ia menjadi rujukan kepada masyarakat,” katanya.
Menurutnya, setelah memeluk Islam, beliau bergiat aktif mendidik mualaf sejak berkhidmat di Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru Sungai Petani di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
“Saya berterima kasih atas amanah diberikan untuk menjalankan tugas dakwah, kebajikan serta tarbiyah kepada mualaf. Islam menjadikan hati saya tenang dan banyak jawapan kehidupan saya peroleh melalui ajaran Islam,” kata bapa kepada lima anak berusia antara 21 hingga 33 tahun ini.
Mohd Naim turut berkongsi hidayah yang membawanya kepada Islam ketika masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil.
“Apabila rakan memperdengarkan bacaan ayat al-Quran tentang larangan menyembah berhala, sejak itu saya yakin Tuhan itu Maha Esa.
“Malah apabila mendengar azan, saya menangis dan badan menggigil. Seminggu selepas itu, saya melafazkan dua kalimah syahadah,” katanya yang turut bersyukur apabila adik kandungnya turut mengikut jejak memeluk Islam.
Mohd Naim menegaskan akan terus menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai teladan dalam kehidupan dan mempergiatkan usaha menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.