Muzium Feri Pulau Pinang

Iklan

Muzium Feri Pulau Pinang bakal dibuka rasmi pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia. 

Dibangunkan hasil pemulihan feri ikonik Pulau Pinang dengan kos mencecah RM10 juta, muzium ini mengekalkan legasi lebih 100 tahun perkhidmatan feri yang sinonim dengan landskap budaya, sosial dan pengangkutan negeri ini. 

Iklan
Iklan

Pengunjung boleh menikmati pengalaman unik di atas feri sepanjang 56 meter dengan keluasan 6,000 kaki persegi, termasuk akses ke empat tingkat, bilik enjin di bahagian bawah hingga ke ruang kemudi kapten di atas.