Anjing serang, gigit budak disahkan tiada pemilik

Iklan
Rakaman yang tular di media sosial memaparkan kanak-kanak terbabit bergelut dengan anjing itu sebelum berjaya melarikan diri.

KAJANG – Anjing yang menyerang dan menggigit seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, pada Rabu lalu disahkan merupakan anjing liar.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, semakan itu dilakukan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Iklan
Iklan

"Semakan MPKj mendapati anjing yang bertindak menyerang serta menggigit mangsa adalah anjing liar dan tiada pemilik.

"MPKj telah mengeluarkan surat pemakluman berkaitan anjing berkenaan untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Verterinar bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, mangsa yang sebelum ini dibawa ke Hospital Kajang telah dipindahkan ke Hospital Putrajaya.

"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Wad Kanak-kanak Hospital Putrajaya," katanya.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas diserang dan digigit seekor anjing ketika bermain basikal di jalan berhampiran rumahnya.

Kejadian terbabit sebelum itu tular di media sosial memaparkan kanak-kanak terbabit bergelut dengan anjing itu beberapa ketika sebelum berjaya melarikan diri.

Turut tular beberapa gambar yang menunjukkan keadaan mangsa berlumuran darah dengan kesan kulit terkoyak di bahagian kepala.