Pelan pindaan Akta Taska 1984 dirangka perkukuh ekosistem penjagaan awal kanak-kanak
Iklan
Nancy Shukri.
SHAH ALAM - Pelan semakan dan pindaan terhadap Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bakal dirangka Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memperkukuh aspek keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu penting bagi memastikan ekosistem penjagaan awal kanak-kanak terus mampan dan menepati keperluan semasa.