Catatan seorang aktivis mahasiswa
Iklan
Tiada sejarah boleh menafikan betapa berani dan patriotiknya rakyat Indonesia dalam menegakkan demokrasi mahupun keadilan sosial.
JIKA di Eropah, dunia masih mengenang sehingga ke hari ini, Relovusi Perancis yang terjadi pada hujung abad ke-18. Tempoh getir yang menyaksikan perubahan radikal landskap sosial dan politik Perancis yang menjatuhkan monarki, lalu tertubuhlah sebuah republik.
Revolusi Perancis bermula dengan kemelesetan ekonomi, kebuluran dan jurang ketidaksamaan sosial yang meluas semasa pemerintahan Raja Louis XVI.