SARA: Ada penerima jual barang keperluan untuk tunai
Iklan
Ada segelintir peniaga dipercayai menawarkan penukaran wang tunai dengan mengenakan upah sebanyak RM20 dan barangan di luar senarai kepada penerima 'one off' SARA RM100. Gambar hiasan
KOTA BHARU - Segelintir penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekali bayar sebanyak RM100, dikesan sanggup menjual balik barangan yang dibeli terutamanya minyak masak botol untuk ditukarkan kepada tunai.
Seorang peniaga ayam goreng yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad berkata, dia didatangi ramai orang yang menawarkan minyak masak dengan alasan ingin wang tunai.