Zahirkan tawaran segar untuk rakyat
Iklan
Saifuddin Abdullah.
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Kali Ke-8 pada 6 dan 7 September ini di Shah Alam.
PAT kali ini amat signifikan. Kerana kita perlu bersiap menghadapi Pilihan Raya Sabah tidak lama lagi dan berkemungkinan diikuti beberapa pilihan raya negeri lain iaitu Sarawak, Melaka dan Johor. Manakala walaupun PRU16 belum diketahui tarikhnya, namun kita mesti bersiap awal.