Delegasi Malaysia Misi Flotila Gaza kini berada di Menorca
Iklan
Kapal flotila menuju ke Gaza membawa membawa mesej solidariti serta bantuan asas kepada rakyat Palestin. Foto Sumud Nusantara Official
KUALA LUMPUR - Delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza kini berada di Kepulauan Menorca, Sepanyol, sementara menunggu ketibaan beberapa kapal lain yang berpatah balik berikutan masalah teknikal serta ribut yang melanda laluan mereka dua hari lepas.
Aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim Malaysia), Zulfadhli Khiruddin, yang merupakan seorang daripada 15 wakil Malaysia berkata, keadaan cuaca di kawasan itu kini semakin baik dan kru flotila telah menyesuaikan diri dengan rutin harian di atas kapal.
Iklan
Iklan
"Insya-ALLAH apabila kapal-kapal lain tiba di Menorca. Kami akan berkumpul dan bergerak bersama-sama ke destinasi seterusnya iaitu Tunis (ibu negara Tunisia) dan dijangka sampai dalam beberapa hari lagi,” katanya menerusi kenyataan video yang dikongsi kepada Bernama hari ini.
Zulfadhli turut memohon rakyat Malaysia untuk terus mendoakan keselamatan pasukan serta kejayaan misi flotila ke Gaza.
Iklan
"Kami juga berharap masyarakat terus peduli terhadap nasib saudara-saudara kita di Palestin yang berdepan penindasan setiap hari. Doakan juga supaya misi kami ini berjaya memecah kepungan rejim Zionis dan membuka Humanitarian Corridor bagi membolehkan lebih banyak bantuan masuk ke Gaza,” katanya.
Sebanyak 24 kapal flotila berlepas dari Pelabuhan Barcelona pada Ahad lepas, membawa mesej kemanusiaan dan bantuan asas, disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia.
Iklan
Fasa seterusnya menyaksikan kumpulan kedua delegasi Malaysia berlepas dari sebuah pelabuhan di Itali pada 4 Sept ini, serentak dengan kumpulan ketiga yang kini berada di Tunisia.
GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>