Maritim buka peluang rakyat sertai PSMM, PASKAM
Iklan
Bintara Muda Maritim Ismail Yakob sedang membetulkan pakaian full gear salah seorang anggota Maritim Malaysia yang bertugas pada Program Madani Rakyat
BALING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membuka peluang kepada orang ramai menyumbang tenaga dengan menyertai Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM).
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, sehingga kini seramai 158 sukarelawan telah berdaftar di seluruh negara.
Iklan
Iklan
Menurutnya, peluang turut dibuka kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sekolah menengah menerusi penubuhan Pasukan Kadet Maritim (PASKAM).
“Setakat ini, seramai 23 orang di Pulau Pinang telah mendaftar bawah PSMM, 29 orang di Johor, 30 orang masing-masing di Selangor, Pahang dan Zon Maritim Sandakan, Sabah serta 16 orang di Ibu Pejabat.
Iklan
“Seramai 586 pelajar pula menyertai PASKAM melibatkan 300 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 76 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 91 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan 119 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Baging, Kuantan,” katanya dalam kenyataan akhbar sempena Program Madani Rakyat di sini pada Khamis.
Mohd Rosli berkata, penglibatan masyarakat menerusi PSMM dan PASKAM membuktikan Maritim Malaysia semakin dekat di hati rakyat, malah diyakini berupaya menyuntik rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga perairan negara.
Iklan
“Maritim Malaysia mahu rakyat merasa bangga dan bersama-sama memikul tanggungjawab mempertahankan kesejahteraan maritim negara,” ujarnya.
Sementara itu, katanya lagi, kehadiran Maritim Malaysia dalam Program Madani Rakyat di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling bermula Khamis sehingga Sabtu berjaya membuka mata masyarakat tentang peranan penting agensi tersebut.
“Kehadiran anggota penguat kuasa Maritim Malaysia lengkap berpakaian operasi full gear mencuri perhatian ribuan pengunjung yang hadir.
“Mungkin masih ramai khususnya yang tinggal jauh dari laut kurang mengenali Maritim Malaysia. Jadi, inilah cara kami perkenalkan peranan sebenar agensi ini agar masyarakat lebih faham,” jelasnya.
Acara turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa kanak-kanak berusia sembilan tahun, Muhammad Khalish Sufi Mohd Noor Hisham yang akan mengenakan pakaian operasi full gear Maritim Malaysia pada Sabtu ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>