PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan fokus utama kepimpinannya adalah menyediakan persekitaran terbaik untuk memastikan skuad negara mampu terus bersaing di pentas antarabangsa.
Menurut Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), kejayaan skuad negara menamatkan penantian 48 tahun dengan melangkah ke dua final Kejohanan Dunia di Paris baru-baru ini menjadi bukti hala tuju badminton negara berada di landasan tepat.