Tujuh pusat tahfiz diminta tampil lakukan saringan Covid-19
Iklan
KUALA LUMPUR - Tujuh pusat tahfiz dan beberapa persatuan yang menyertai perhimpunan Ijtimak Tabligh di Seri Petaling diminta tampil secara sukarela untuk melakukan saringan koronavirus (Covid-19).
Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan maklumat yang diterima sebahagian daripada persatuan tersebut tidak berdaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).