Korea, sebuah negara yang kaya dengan budaya, sejarah dan alam semula jadi benar-benar menawan pada musim luruh dan musim sejuk.
Setiap langkah membawa anda ke dunia yang mempesonakan, seolah-olah sedang berjalan dalam adegan K-drama kegemaran.
Apabila anda menjelajah Seoraksan National Park pada musim luruh, bunyi daun ginkgo keemasan yang berguguran memenuhi udara sejuk, melengkapkan suasana penuh warna dan ketenangan.
Setiap musim di Korea ada tarikannya tersendiri, namun musim luruh dan musim sejuk terasa lebih magis.
Gunung-ganang bersinar dengan warna musim luruh, dan musim sejuk membawa pemandangan putih bersalji yang menakjubkan, inilah masa terbaik untuk berehat, menikmati budaya, dan mencipta kenangan abadi.
Pada musim luruh bermula September hingga November, landskap Korea bertukar menjadi panorama merah, jingga dan emas.
Pengunjung boleh bersiar-siar di Gyeongju Bomun Tourist Complex, di mana tasik indah bertemu dedaunan berwarna-warni atau menjelajah Jeonju-si, Jeollabuk-do bandar yang menggabungkan tradisi dan moden.
Imjingang Daepassari Park di Gyeonggi do pula menawarkan laluan sungai yang tenang, manakala Gyeongju Historic Areas membolehkan pelancong menghayati keindahan musim luruh serta warisan budaya Korea.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada musim luruh antaranya mendaki dan bersiar-siar menikmati laluan di Seoraksan atau berjalan di bandar di bawah pokok ginkgo emas, melancong, merasai makanan bermusim dan pengalaman budaya.
Sementara itu, apabila musim sejuk tiba pada Disember hingga Februari, Korea bertukar menjadi dunia putih bersalji.
Ssanggyeru Pavilion di Kuil Baegyangsa, Jangseong-gun dan Jeollanam-do dikelilingi pohon pinus dan salji sekali gus mencipta suasana tenang.
Di Seogwipo-si, Jeju-do pula, Camellia Forest mekar dengan keindahan unik musim sejuk.
Bagi pencinta alam, Seolcheongbong Peak di Deogyusan National Park, Jeonbuk-do menawarkan laluan mendaki bersalji, manakala penggemar sejarah boleh menikmati ketenangan di Chehwajeong Pavilion, Andong-si dan Gyeongsangbuk-do.
Pada musim sejuk, aktiviti sukan yang menarik boleh dilakukan seperti ski dan snowboarding di resort bertaraf dunia seperti Mona Yongpyong serta eksplorasi budaya iaitu melawati istana bersalji seperti Gyeongbokgung.
Pengunjung juga boleh melihat pertunjukkan cahaya musim sejuk di bandar utama dan menikmati makanan bermusim seperti hotteok.
Kalguksu terkenal sebagai makanan pengubat jiwa orang Korea, terutama sekali bila cuaca sejuk.
Bandar Daejeon terkenal dengan hidangan ini, dengan lebih daripada 700 restoran kalguksu yang menunjukkan betapa penduduk di sana menggemari sup mi.
Kerang (Saejogae) hanya boleh didapati dari bulan Disember hingga Mei dan waktu terbaik untuk menikmatinya adalah antara Disember hingga Mac, ketika perairan di pesisir barat Korea sedang paling sejuk.
Pengunjung juga boleh mencuba salah satu hidangan paling ikonik di Korea, Ganjanggejang atau ketam perap kicap.
Sama ada anda terpikat dengan keemasan musim luruh atau teruja dengan festival musim sejuk yang penuh meriah, Korea sentiasa menawarkan gabungan budaya, alam semula jadi dan pesona musim yang unik.
Setiap kali berkunjung, anda akan menemui warna baharu, rasa yang berbeza, dan memori indah, persis adegan dalam K-drama kegemaran anda.
Mari mula rancang perjalanan anda dengan mengunjungi MATTA Fair 2025 dan mendapatkan maklumat mengenai Korea di reruai Organisasi Pelancongan Korea yang terletak di reruai 3G25, Level 3, Hall 10, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 5 hingga 7 September 2025.
Rasai sendiri Winter Tale of Korea melalui aktiviti menarik, pengalaman budaya, serta pelbagai hadiah hebat yang menanti anda.