Diskaun 90 peratus sempena 9.9, Lazada tawar Crazy Brand Mega Offer

Iklan
Lazada 9.9 Mega Brands Sale bakal berlangsung dari 8 hingga 11 September ini.

BERSEMPENA Lazada 9.9 Mega Brands Sale yang bakal berlangsung dari 8 hingga 11 September ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati potongan harga sehingga 90 peratus menerusi Crazy Brand Mega Offer (CBMO) selain pelbagai tawaran menarik lain sepanjang kempen.

Menurut Lazada, CBMO menawarkan diskaun terbesar termasuk baucar kedai tanpa had untuk pelbagai jenama popular seperti Huawei, Nike, Philips, Huggies, Lancôme, Samsonite, Lotus’s dan banyak lagi.

Iklan
Iklan

“CBMO direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih bijak, menyeronokkan dan bebas rasa bersalah. Dengan potongan sehingga 90 peratus ditambah baucar storewide, pengguna boleh menikmati penjimatan besar sambil mendapatkan produk berkualiti,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Lazada turut memaklumkan semua pembelian di LazMall disertakan jaminan produk asli 100 peratus, penghantaran pantas, serta kemudahan pemulangan 30 hari melalui Lowest Price Guaranteed (LPG), sekali gus menghilangkan kebimbangan pengguna terhadap kualiti barangan dalam talian.

Iklan

"Selain CBMO, kempen 9.9 kali ini turut menampilkan RM19 All Out Deals dengan tawaran daripada lebih 30 jenama terkemuka, Surprise Boxes bernilai sehingga RM600 hanya dengan harga RM9, Brand Boxes RM99 serta promosi harian melalui Flash Vouchers, Happy Hours, LazFlash dan LazSubsidy bagi memastikan pengguna menikmati penjimatan maksimum," katanya.

Jelas Lazada, kemudahan ‘Chup Dulu’ yang bermula sejak 23 Ogos lalu hingga 8 September turut disediakan bagi membolehkan pengguna menempah awal barangan idaman dengan bayaran deposit kecil sebelum melengkapkan pembelian pada 9 September selain peluang mengumpul LazCoins yang boleh ditebus sebagai diskaun tambahan.

Iklan

"Kempen ini juga menampilkan Hall of Fame yang menghimpunkan jenama-jenama ikonik dengan tawaran eksklusif termasuk baucar diskaun 10 peratus storewide, penghantaran percuma dan pelbagai diskaun berganda lain," katanya.

Maklumat lanjut mengenai kempen boleh diperoleh dengan memuat turun aplikasi Lazada atau mengikuti #LazadaMY di media sosial.