Jangan biar PSB pecahkan rakyat
Iklan
Tidak kira apa piawaian dan prosedur, PSB pasti mengundang kecaman daripada satu pihak atau pihak yang lain. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID.
RUSUHAN di Indonesia adalah ingatan tegas kepada seluruh dunia termasuk kita bahawa ketidaksamarataan yang tegar adalah pemangkin kepada huru-hara politik.
Mujur ia tidak diperkaumkan sampai berlaku keganasan menyasar rakyat terutama wanita Cina seperti di Jakarta pada 1998 yang melibatkan askar-askar di bawah kawalan Jeneral Prabowo Subianto.