KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memasuki hari keempat hari ini berjalan lancar dengan rekod jualan sebanyak RM117.1 juta, melibatkan 1.8 juta penerima di seluruh negara.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), jumlah itu meningkat berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima pada 2 September.