Terengganu lulus peruntukan RM6 juta untuk golongan terjejas Covid-19

Iklan
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta sebagai insentif kepada golongan yang terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membantu kumpulan berkenaan, semalam.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat pada 19 Mac lalu membuat keputusan untuk membuat kajian dan penilaian menyeluruh kesan Covid-19 kepada kumpulan sasar tertentu pelbagai kategori di Terengganu.

"Dalam masa terdekat kerajaan Terengganu akan menentukan bentuk bantuan atau insentif yang akan diberikan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat sebaik sahaja kajian dan penilaian selesai.