Tiada pihak boleh gugat peranan asal UiTM – Tengku Permaisuri Selangor
Iklan
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bertitah sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada Rabu.
SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu terus kekal sebagai benteng ilmu anak bangsa dan tiada pihak boleh mengganggu-gugat kedudukan serta peranan asal universiti itu, titah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Baginda bertitah, penubuhan UiTM adalah selari dengan Akta 173 (1A) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memelihara hak Melayu, Orang Asli serta anak negeri Sabah dan Sarawak, dan ia perlu dipertahankan dengan utuh.
Iklan
Iklan
“UiTM terbukti mempunyai sejarah istimewa dalam membina kecemerlangan dan jati diri bangsa Melayu serta bumiputera melalui pendidikan tinggi.
“Justeru, saya berharap tiada pihak cuba mengganggu-gugat kedudukan dan peranan asal universiti ini,” titah baginda sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada Rabu.
Iklan
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada Rabu.
Pada sidang pertama konvokesyen itu, seramai 237 graduan pascasiswazah diraikan daripada keseluruhan 24,643 graduan yang menamatkan pengajian kali ini.
Iklan
Dalam titahnya, baginda turut mengingatkan graduan agar tidak berhenti menuntut ilmu walaupun selepas tamat pengajian kerana ilmu adalah cahaya dan kunci maruah diri.
“Pendidikan harus terus menjadi agenda utama negara, bukan sekadar melahirkan tenaga kerja, tetapi membina insan berakhlak dan berjiwa merdeka,” titah baginda.
Baginda turut menzahirkan tahniah kepada Dr Ahmad Sazali Hamzah yang menerima anugerah Profesor Emeritus atas sumbangan besar dalam memperkasa pendidikan dan penyelidikan di UiTM.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>