Akses mudah penstriman tanpa henti, Astro tawar dua pelan terbaharu lebih berbaloi

Iklan
Astro menawarkan Pek Entertainment Astro One beserta Disney Hotstar dan HBO Max bermula RM69.99 sebulan untuk jangka masa terhad.

PENERAJU kandungan dan hiburan popular di Malaysia, Astro kini memperhebat pengalaman hiburan pelanggan di rumah dengan tawaran pakej terbaharu.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, warga Malaysia boleh mendapatkan Pek Entertainment Astro One beserta Disney+ Hotstar dan HBO Max bermula RM69.99 sebulan untuk tempoh terhad, bermula 2 September lalu.

Iklan
Iklan

Pakej tersebut memberikan pelanggan akses kepada dua platform penstriman paling ikonik di dunia dalam satu langganan mudah melalui Astro, sekali gus menawarkan hiburan tanpa henti, lebih banyak pilihan dan nilai berganda.

“Untuk memenuhi keperluan tontonan yang berbeza, tawaran ini tersedia dalam dua pilihan iaitu pelan Duo Basic atau Duo Premium yang masing-masing menawarkan kontrak selama 12 bulan.

Iklan

“Duo Basic direka khas untuk penonton yang mahukan akses mampu milik, manakala Duo Premium pula direka dengan ciri tambahan dan akses pelbagai peranti secara serentak,” katanya.

Pelanggan sedia ada Astro One turut boleh menikmati tawaran berkenaan dengan menambah pakej Disney+ Hotstar dan HBO Max kepada langganan mereka bermula dari RM20 sebulan (untuk tempoh 12 bulan).

Iklan

Penambahan tersebut boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi My Astro atau laman sesawang rasmi, seterusnya meningkatkan pengalaman hiburan dengan lebih banyak kandungan yang digemari.

Semua pelanggan Astro boleh menstrim kandungan Disney+ Hotstar dan HBO Max melalui Astro Ultra dan Ulti Box atau menerusi laman sesawang rasmi serta aplikasi mudah alih platform penstriman, bagi memastikan pengalaman tontonan yang lancar dan fleksibel tidak kira di mana berada.

Pelanggan boleh menikmati siri dan filem animasi terbaharu di Disney+ Hotstar seperti siri baharu FX, Alien: Earth; filem Marvel Studios, Thunderbolts; musim baharu Only Murders in the Building; serta filem pecah panggung Lilo & Stitch yang ditawarkan pada awal September.

Selain itu, kandungan asli APAC termasuk drama Korea popular Tempest bakal menemui peminat pada pertengahan September dan drama bersejarah asli pertama Disney+ Hotstar, The Murky Stream, dijangka ditayangkan pada akhir September ini.

Pada masa sama, HBO Max menawarkan siri terkenal seperti House of the Dragon, The Last of Us (musim kedua), Peacemaker dan filem popular seperti Final Destination: Bloodlines serta A Minecraft Movie, termasuk koleksi penuh filem Harry Potter.

Sama ada mendaftar buat kali pertama atau menaik taraf pelan Astro One sedia ada, ini merupakan langkah mudah untuk meningkatkan lagi pengalaman penstriman di bawah satu langganan menerusi Astro.

Bagi pelanggan yang mencari lebih banyak pilihan selain Disney+ Hotstar dan HBO Max, Astro turut menawarkan lebih daripada 13 aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Prime Video, Viu, iQIYI, WeTV, Sun NXT, Zee5 dan banyak lagi pada harga eksklusif.

Dengan semua tersedia di bawah satu platform, pelanggan boleh mengurus dan mengubah langganan Astro pada bila-bila masa menerusi aplikasi My Astro, termasuk mengemas kini pek, menukar penambahan dan servis penstriman atau memilih penambahan lain mengikut keperluan.