Jadi orang lain sampai tak menjadi
Iklan
Meniru membuta tuli akan memenjarakan potensi diri kerana setiap orang mempunyai jalan tersendiri, rentak tersendiri. Gambar hiasan
SEKITAR tahun 1990-an dan awal 2000-an masih boleh dianggap sebagai zaman kegemilangan syarikat bas. Bas menjadi nadi utama pengangkutan sebahagian besar rakyat di negara ini sama ada untuk pergi kerja atau bersiar-siar. Ini disebabkan harga kereta pada masa itu masih belum mampu milik.
Saya pernah terlibat dalam industri pengangkutan pada tahun 2001 sebelum melangkah ke dunia media. Waktu itu syarikat-syarikat bas tumbuh bak cendawan selepas hujan. Berlumba-lumba memohon permit daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), atau sekarang dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).