Gemar makan hempedu ular, cacing pita bersarang dalam otak

Iklan
Doktor mengeluarkan cacing sepanjang 18 sentimeter dari otak seorang lelaki. Foto Agensi

BEIJING - Seorang lelaki dari wilayah Hunan, China terkejut selepas doktor menemui seekor cacing parasit sepanjang 18 sentimeter dalam otaknya, dipercayai berpunca daripada amalan memakan hempedu ular mentah beberapa tahun lalu.

Mangsa dikenali sebagai Li mula mengalami masalah penglihatan sejak April tahun lalu apabila matanya melihat objek seperti ‘mosaik’.

Iklan
Iklan

Pada peringkat awal, pemeriksaan mata mendapati keadaannya normal, menyebabkan beliau tidak mendapatkan rawatan lanjut.

Namun, pada Julai tahun ini, simptom menjadi semakin teruk apabila Li mengalami sawan, mulut berbuih, pengsan dan kekejangan badan.

Iklan

Imbasan MRI kemudiannya mengesan objek asing di dalam otak sebelum doktor mengesahkan ia adalah cacing parasit jenis Taenia solium atau lebih dikenali sebagai cacing pita babi.

Li kemudian menjalani pembedahan kraniotomi bagi membuang cacing berkenaan dan selepas rawatan rapi selama 10 hari, beliau dibenarkan keluar hospital dalam keadaan stabil.

Iklan

Menurut Li, beliau teringat pernah menelan hempedu ular mentah tanpa memecahkannya kerana percaya ia mampu memberi manfaat kesihatan.

Doktor percaya tindakan itu menjadi punca parasit tersebut memasuki tubuh dan berhijrah ke otaknya sehingga menimbulkan simptom berbahaya.

Susulan kes itu, pakar perubatan menasihatkan orang ramai agar mengelakkan tiga perkara utama bagi mencegah jangkitan parasit iaitu tidak meminum air mentah, tidak memakan daging mentah serta tidak meletakkan daging mentah pada luka terbuka. - Agensi