Fokus selenggara, bukan bangun semula
Iklan
Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 membuka ruang kepada pembangunan semula bangunan kediaman strata diklasifikasikan sebagai usang akibat tidak diselenggarakan dengan baik. Gambar kecil: Muhammad Azwan (kiri), Noor Halil
KETIKA ini hangat berkaitan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 sebagai pemacu transformasi bandar dan membuka ruang kepada pembangunan semula bangunan kediaman strata diklasifikasikan sebagai usang akibat tidak diselenggarakan dengan baik.
Naratif pembaharuan sering digambarkan sebagai simbol kemajuan dengan imej menara kaca menggantikan pangsapuri lama.