Untungkah MCA, MIC bersama Pas?
Iklan
Pemimpin-pemimpin BN pada Sambutan Ulang Tahun ke-50 BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Disember lalu. MCA dan MIC dikatakan lebih untung jika terus bersama BN. (Gambar kecil: Mujibu)
SHAH ALAM - Kerjasama MCA dan MIC dengan Pas disifatkan sebagai langkah berisiko kerana bukan sahaja gagal mengembalikan sokongan tradisi masyarakat Cina dan India, malah dikhuatiri menambah beban politik kepada kedua-dua parti berasaskan kaum itu.
Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, sokongan tradisi masyarakat Cina dan India terhadap MCA serta MIC sudah pun hilang sejak tsunami politik 2008, sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk kembali bangkit.