Malaysia pelawa JD.Com labur dalam gudang pintar di Selangor Aeropark
Iklan
Anwar ketika mengadakan pertemuan perniagaan dengan pihak pengurusan tertinggi JD.Com yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif JD Logistics merangkap Ahli Eksekutif Strategi, Hu Wei di Beijing, China pada Selasa. Hadir sama, Anthony Loke, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto: Bernama
KUALA LUMPUR - Malaysia mempelawa platform e-dagang sehenti China, JD.com untuk melabur di Gudang Pintar Selangor Aeropark bagi mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab logistik serantau.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaburan sedemikian bakal meningkatkan kecekapan dan sokongan kepada produk Malaysia dan ASEAN untuk menembusi pasaran China.
Iklan
Iklan
Dalam sesi libat urus bersama JD.com, beliau menekankan hasrat Malaysia untuk membangunkan KLIA sebagai hab kargo udara utama bagi rantau ASEAN, selaras dengan strategi JD.com untuk memperluas rangkaian perdagangan mereka di seluruh ASEAN dan China.
"Ketika pertemuan dengan JD.com, saya menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama antara KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng, seperti yang digariskan dalam kenyataan bersama antara kedua-dua negara susulan lawatan negara Presiden Xi Jinping ke Malaysia pada April lepas," kata Anthony menerusi hantaran di Facebook.
Iklan
Beliau berkata, kedua-dua pihak berkongsi matlamat untuk mewujudkan Laluan Sutera Udara yang lancar antara ASEAN dan China menerusi kerjasama menyeluruh dalam bidang penerbangan awam dan logistik.
Anthony menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja empat hari ke Beijing, yang menyaksikan beberapa perbincangan strategik bersama pemimpin industri utama China bagi merancakkan pelaburan serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Iklan
JD.com, syarikat tersenarai dalam NASDAQ 100 dan Fortune Global 500, merupakan peruncit e-dagang terbesar di China, dengan lebih 580 juta pengguna di seluruh negara itu. Infrastruktur berasaskan teknologi yang dimiliki JD.com membolehkan 90 peratus pesanan dihantar dalam hari yang sama atau keesokan harinya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>