Diplomat Indonesia maut ditembak di Peru

Iklan
Mangsa maut ditembak .-Agensi

LIMA – Seorang diplomat Indonesia dilaporkan maut selepas ditembak tiga lelaki tidak dikenali di luar kediamannya di Daerah Agile, Lima, Peru pada Isnin malam waktu tempatan.

Mangsa, Zetro Leonardo Purba, 40, yang bertugas sebagai Penolong Ketua Kanselari Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Lima, disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah klinik berhampiran.

Iklan
Iklan

Ketika kejadian, isteri beliau dilaporkan sedang menunggu di pintu masuk apartmen tempat mereka sekeluarga tinggal.

Polis Peru memaklumkan, motif kejadian masih dalam siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia berkait dendam.

Iklan

Siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Pembunuhan bersama Jabatan Polis Jes Storm (DEPINCRI).

Menurut pegawai polis tempatan, Major Daniel Guivar, suspek dipercayai warga asing berdasarkan ciri fizikal yang dikenal pasti saksi.

Iklan

Kementerian Luar Negeri Indonesia dalam satu kenyataan di Instagram menyampaikan ucapan takziah atas kematian Zetro dan menegaskan pihaknya terus berhubung dengan pihak berkuasa Peru bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan hak keluarga mangsa terjamin.-Agensi