Larangan berhimpun, solat di dataran Masjidil Haram

Iklan
Petugas Alharamain sedang menutup pintu pagar Masjid Nabawi. Foto Sumber Internet

RIYADH- Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran Masjidil Haram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran novel koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

"Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bermula Jumaat," agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA memetik kenyataan Hani bin Haider, jurucakap Ketua Pengarah Alharamain di Madinah.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Arab Saudi menggantung semua solat jemaah di masjid lain di negara itu kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Petugas Alharamain sedang menutup pintu pagar Masjid Nabawi. Foto Sumber Internet-

Setakat ini, negara itu melaporkan sebanyak 274 kes yang disahkan positif Covid-19.

Iklan

Novel koronavirus, atau nama rasminya Covid-19, muncul di Wuhan, China pada Disember lalu dan sudah merebak ke sekurang-kurangnya 160 negara dan wilayah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan ia sudah menjadi wabak pandemik.

Iklan

Sejumlah 242,721 kes direkodkan di seluruh dunia manakala angka korban sudah melebihi 9,860 dengan lebih 85,600 pesakit sembuh, menurut data yang dikumpulkan Universiti John Hospkin di Amerika Syarikat.-Bernama