Jawatan amanah perlu dijaga, bukannya keistimewaan
Iklan
Kuasa boleh jadi nikmat, tapi dalam masa sama boleh jadi musibah kalau disalah guna. Foto hiasan 123RF
KITA sering diuji apabila ada jawatan atau kedudukan. Senang cerita, siapa yang tak mahu hidup lebih mudah kalau sudah ada peluang? Persoalannya, adakah setiap jawatan itu menjadi ‘lesen’ untuk seseorang mendapat layanan istimewa dan kelebihan berbanding orang lain?
Ada yang jawab ya, sebab beranggapan kedudukan itu semacam tiket untuk percepatkan urusan. Ada juga yang tegas berkata tidak, kerana memilih untuk hidup seadanya sebagai rakyat biasa.