'Semangat Tok Bahaman takkan padam'
Iklan
Farizd Aiman merupakan piut iaitu generasi kelima Datuk Bahaman.
TEMERLOH - Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, hati anak muda ini sering tersentuh kerana mengenangkan perjuangan mereka yang sanggup berkorban nyawa menentang penjajah.
Farizd Aiman Abas, 23, dari Kampung Paya Luas di sini berkata, kisah pengorbanan moyangnya iaitu pejuang Melayu terkenal, Datuk Bahaman dan Mat Lela bukan sekadar sejarah tetapi warisan yang mengalir dalam dirinya.