Budak 11 tahun jana RM2,500 sebulan jual teh susu

Iklan
Nuomi membancuh teh susu untuk dihidangkan kepada pelanggannya. Foto Agensi

BEIJING – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun di wilayah Hunan, China mencuri perhatian selepas berjaya meraih kira-kira RM2,500 sebulan hasil menjual teh susu di pasar malam ketika cuti musim panas.

Kanak-kanak itu dikenali dengan nama samaran Nuomi, merupakan murid Tahun Lima.

Iklan
Iklan

Ibunya, Li, berkata, dia membenarkan anaknya berniaga sebagai ganjaran kerana mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir penggal lalu dengan markah cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Menurut Li, Nuomi sejak kecil menunjukkan minat mendalam terhadap makanan dan memiliki bakat berniaga.

Iklan

Sebelum memulakan perniagaan, dia mempelajari cara menghasilkan teh susu dan membuat tinjauan di pasar malam selama dua malam untuk mencari lokasi strategik.

Gerainya mula beroperasi pada 17 Julai lalu, dibuka setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 11 malam.

Iklan

Pada awalnya hanya enam cawan berjaya dijual pada hari pertama, namun popularitinya meningkat selepas ibunya berkongsi di media sosial.

Kini, gerai itu mampu menjana pendapatan sekitar 4,000 yuan (RM2,500) sebulan.

Selepas ditolak kos bahan dan upah pembantu termasuk neneknya dan seorang rakan sekolah, Nuomi masih mampu meraih keuntungan 3,000 yuan (RM1,900) sebulan.

Li berkata, sambutan pelanggan bukan sahaja menambah keyakinan anaknya, malah menjadi pengalaman berharga walaupun perniagaan itu akan dihentikan apabila sesi persekolahan bermula September ini.

Selain teh susu, Nuomi juga mempunyai bakat memasak pelbagai hidangan seperti sushi dan sandwic, sesuatu yang dianggap mencabar walaupun bagi orang dewasa.

Ramai netizen menganggap Nuomi sebagai bakal ahli perniagaan berjaya pada masa hadapan, dengan ada yang memuji keterbukaan ibunya mendidik anak melalui pengalaman hidup sebenar. - Agensi