'Moyang kami orang hebat'
Iklan
Amira Syahirah memegang keris yang pernah disimpan oleh Tok Janggut.
PASIR PUTEH – Bertemu dengan pewaris generasi kelima Tok Janggut ternyata mengimbau kembali peristiwa perjuangan pahlawan Melayu itu dalam menentang penjajah yang telah menjarah banyak hasil bumi dan tanah rakyat di negeri ini.
Amira Syahirah Ramli, 26, berkata, individu pertama yang menceritakan kepadanya mengenai keberanian moyangnya itu ialah bapanya sendiri, Ramli Mohamad, 60, ketika dia berada di sekolah rendah.