Surat untuk wakil rakyat
Iklan
Pelajar universiti berhimpun membantah dan menuntut reformasi di hadapan pintu masuk utama Kompleks Parlimen di Jakarta pada 1 September 2025. Foto AFP
INDONESIA yang asalnya tenang tiba-tiba menjadi berita di seluruh dunia. Penduduk mula memenuhi kota dan membakar bangunan.
Puncanya mudah sahaja. Ahli politik yang sepatutnya bekerja untuk membantu rakyat, kini berjuang untuk diri sendiri. Pelbagai elaun diluluskan untuk mereka, dan ia kini diluluskan oleh Dewan Perwakilan Rakyat.