Korban atau kekalkan tradisi
Iklan
Cinta tiga segi antara UMNO, parti-parti komponen BN dan PH mungkin menyaksikan koalisi politik tertua di negara itu bakal terkubur menjelang PRU16.
KERJASAMA politik UMNO, MCA dan MIC sejak sebelum merdeka bukan sekadar strategi pilihan raya, tetapi asas pembentukan Tanah Melayu pada 1957 sebelum diperluas menjadi Malaysia pada 1963.
Gabungan itu bermula daripada kejayaan bersejarah Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952, apabila MCA dan MIC membawa sokongan masyarakat Cina dan India kepada UMNO membentuk Parti Perikatan.