Suami orang ditangkap khalwat bersama janda di hotel

Iklan
Tiga pasangan kekasih termasuk lelaki berstatus suami orang dan janda dicekup berkhalwat dalam serbuan Ops Bersepadu di beberapa hotel sekitar bandar ini, tengah malam Ahad.

LAHAD DATU - Tiga pasangan kekasih termasuk lelaki berstatus suami orang dan janda dicekup berkhalwat dalam serbuan Ops Bersepadu di beberapa hotel sekitar bandar ini, tengah malam Ahad.

Serbuan bermula jam 9 malam hingga 1 pagi itu dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Iklan
Iklan

Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Mardi Ariffin berkata, pemeriksaan dilakukan melibatkan 10 hotel dengan lebih 60 bilik sebelum tiga pasangan tersebut dicekup.

"Antara yang dirampas ketika serbuan ialah kondom, tisu magik dan cecair pelincir.

Iklan

Serbuan bermula jam 9 malam hingga 1 pagi itu dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Kami mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina dan tidak melakukan kesalahan jenayah syariah,” katanya selepas operasi tersebut.

Iklan

Difahamkan, semua pasangan yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 84 (Khalwat) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah No 3/1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pesalah wanita, mereka juga berdepan kemungkinan ditempatkan di rumah kebajikan sehingga tiga tahun.