Keperluan meremajakan imej TH
Iklan
Penjenamaan merupakan suatu strategi bagi meletakkan TH kekal relevan terutama bagi golongan muda. Foto hiasan
INSTITUSI seperti Tabung Haji (TH) sememangnya begitu sinonim dengan rakyat Malaysia terutama bagi yang beragama Islam. Ini kerana tuntutan untuk menunaikan ibadah haji termaktub dalam Rukun Islam yang kelima.
TH pula ialah institusi diberikan amanah mentadbir simpanan haji dan segala perkara berkenaan haji, yang kesemuanya terletak dalam punca kuasa Akta Tabung Haji 1995.