Elak jurang kaya-miskin jadi bara api
Iklan
Penunjuk perasaan menunggang motosikal di hadapan ibu pejabat polis yang dibakar dan dirompak semasa demonstrasi di Surabaya. Foto AFP
TRAGEDI rusuhan yang kini melanda Indonesia selepas rakyat marah terhadap isu elaun rumah pemimpin politik terlalu tinggi memberi isyarat jelas betapa rapuhnya kesejahteraan sebuah negara apabila jurang antara golongan kaya dan miskin semakin melebar.
Rakyat bawahan yang setiap hari berjuang mencari sesuap nasi berasa seolah-olah dipinggirkan apabila melihat pemimpin politik menikmati kemewahan yang jauh melangkaui realiti kehidupan majoriti masyarakat.