PM Houthi di Yemen, menteri maut dalam serangan udara Israel

Iklan
Perdana Menteri kerajaan Houthi di Yaman, Ahmad Ghaleb al-Rahwi, dilaporkan terbunuh bersama beberapa menteri lain dalam serangan udara Israel

YAMAN - Perdana Menteri kerajaan Houthi di Yaman, Ahmad Ghaleb al-Rahwi, dilaporkan terbunuh bersama beberapa menteri lain dalam serangan udara Israel ke atas ibu negara Sana'a pada Khamis lalu.

Ketua Majlis Politik Tertinggi Houthi, Mahdi al-Mashat, mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan sejumlah individu lain turut cedera dalam serangan berkenaan.

Iklan
Iklan

Israel dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan serangan itu menyasarkan ketua turus tentera, menteri pertahanan serta beberapa pegawai kanan kumpulan Houthi, namun hasil operasi tersebut masih dalam proses pengesahan.

Tentera Israel memaklumkan jet pejuangnya mengebom sebuah kompleks di kawasan Sana’a yang menempatkan beberapa pemimpin Houthi, selain menyifatkan serangan itu sebagai kejayaan hasil risikan.

Iklan

Ahmad Ghaleb al-Rahwi dilantik sebagai perdana menteri hampir setahun lalu, namun dilihat lebih kepada figura simbolik, manakala pentadbiran sebenar dikendalikan timbalannya, Mohamed Moftah.

Difahamkan dlam perkembangan terkini, Moftah ditugaskan untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai perdana menteri.

Iklan

Untuk rekod, kumpulan Houthi yang disokong Iran sebelum ini melancarkan serangan ke atas kapal di Laut Merah sebagai tanda solidariti terhadap penindasan akat Palestin. - Awani