PRN Sabah: Amanah tekad menang kerusi sulung

Iklan
Muhammad Faiz (kanan) turut sama mengikuti permainan dam aji bersama nelayan pada program Gelombang Samudera Madani Kelantan Sempena Hari Kebangsaan 2025 di Pantai Sri Tujoh, Tumpat pada Ahad.

TUMPAT - Parti Amanah Negara (Amanah) bertekad untuk melakar kejutan dengan meraih kerusi sulung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi dengan meletakkan calon di beberapa kerusi yang dikenal pasti.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil bagaimanapun berkata, parti itu sedang menilai nama-nama calon yang sesuai dan akan dimuktamadkan oleh Presiden nanti.

Iklan
Iklan

“Kita sasar lima kerusi pada PRN Sabah kali ini, namun banyak parti akan bertanding.

"Keutamaan Amanah adalah meletakkan calon yang berpotensi menang.

Iklan

“Soal calon, jangan risau kerana Amanah bersedia sepenuhnya untuk bertanding dan memastikan kemenangan,” katanya semasa merasmikan Gelombang Samudera Madani Kelantan Sempena Hari Kebangsaan 2025 di Pantai Sri Tujoh di sini pada Ahad.

Menurut beliau, kerjasama dalam Pakatan Harapan (PH) dan parti gabungan lain akan terus diperkukuhkan bagi mengekalkan kerajaan sedia ada di Sabah.

Iklan

Ujarnya, Amanah akan memberikan khidmat terbaik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kerajaan sedia ada.

Media sebelum ini melaporkan, spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran DUN Sabah pada September ini terus menjadi perhatian meskipun belum ada pengesahan rasmi daripada kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor membayangkan ia dibuat dalam masa terdekat bagi memberi laluan untuk diadakan PRN Sabah.