RM100 bantuan SARA mula disalurkan hari ini

Iklan
Beberapa pelanggan membeli barangan keperluan menggunakan bantuan kewangan kerajaan menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali beri atau 'one-off' mula disalurkan hari ini kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas, bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai itu disalurkan terus melalui MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk terpilih.

Iklan
Iklan

Ia boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis seluruh negara termasuk pasar raya seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, 99 Speedmart serta kedai runcit di semua daerah.

“Ini adalah ikhtiar segera untuk meringankan beban sara hidup dan sebagai penghargaan kepada rakyat,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Iklan

Beliau memaklumkan bahawa bantuan ini memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2 bilion.

Jumlah peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA turut dinaikkan daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun ini, menjadikannya kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa tanpa pengecualian.

Iklan

Walaupun kadar inflasi keseluruhan pada Jun 2025 berada pada tahap terendah dalam tempoh 52 bulan iaitu 1.1 peratus, Anwar menegaskan bahawa kenaikan harga makanan dan minuman masih melebihi purata inflasi dan perlu ditangani dengan bijaksana serta segera. - Awani