Mudahkan proses mohon BWE
Iklan
Pegawai JKM di peringkat akar umbi patut turun ke bawah untuk mengenal pasti kalangan yang layak menerima BWE tanpa menunggu pemohon datang ke pejabat kebajikan daerah - Gambar hiasan
BERITA seorang warga emas bergelar Tan Sri meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan orang-orang tua baru-baru ini menggemparkan masyarakat. Ada yang mengucap banyak kali dan tidak percaya dengan berita yang didengar dan dibaca.
Tambahan pula menurut laporan media semasa zaman kegemilangannya, Tan Sri berkenaan adalah seorang tokoh korporat yang berjaya dan kaya raya. Kekayaan yang dimiliki sudah cukup untuk dia terus hidup mewah pada zaman tuanya. Bukan sahaja dia, tetapi untuk tujuh keturunannya barang kali.