Manchester United kena menang!

Iklan
Perlawanan menentang Burnley dianggap peluang terakhir Amorim untuk membuktikan kemampuan sebenar.

MANCHESTER United tiada pilihan selain mencatat kemenangan apabila melayan kunjungan Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam ini, selepas deretan keputusan mengecewakan terus menjerat kedudukan pengurusnya, Ruben Amorim.

Kekalahan memalukan kepada pasukan divisyen empat, Grimsby Town dalam saingan Piala Liga pertengahan minggu lalu mengeruhkan lagi keadaan, sekali gus menimbulkan desakan agar perubahan segera dilakukan.

Iklan
Iklan

Lebih membimbangkan, United hanya meraih satu mata daripada dua aksi awal EPL walaupun sudah berbelanja besar dengan membawa masuk Bryan Mbeumo, Matheus Cunha dan Benjamin Sesko bernilai 200 juta pound (RM1.2 bilion).

Namun, pelaburan besar itu masih gagal diterjemah di atas padang.

Iklan

United buntu mencari sentuhan penyudah apabila satu-satunya gol liga musim ini hadir melalui jaringan sendiri pemain Fulham, manakala peluang terbaik termasuk dua sepakan penalti disia-siakan ketika tumbang di tangan Grimsby.

Perlawanan menentang Burnley dianggap peluang terakhir Amorim untuk membuktikan kemampuan sebenar.

Iklan

Sekiranya United sekali lagi gagal meraih kemenangan, tekanan terhadap pengendali dari Portugal itu dijangka memuncak dan tidak mustahil rombakan di bangku kejurulatihan bakal berlaku ketika rehat antarabangsa yang semakin hampir.