Ambang persetujuan pemilik tanah penting
Iklan
Azli Yusof.
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof bersetuju bahawa isu utama yang perlu diberi perhatian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) adalah kadar ambang persetujuan pemilik.
Beliau berkata, pada asalnya ambang persetujuan bagi kediaman melebihi 30 tahun ditetapkan 75 peratus, namun ia telah dinaikkan kepada 80 peratus selepas penjelasan dibuat Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.