Tangguh untuk tambah baik, bukan sebab faktor kaum
Iklan
Penangguhan beri ruang kepada KPKT untuk memperkemaskan aspek teknikal serta menerima cadangan baharu. (Gambar kecil: Mohd Sany Hamzan, William)
KUALA LUMPUR - Keputusan menangguhkan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) adalah untuk membuat penambahbaikan dan bukannya kerana faktor perkauman.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, ini membuktikan kerajaan Madani mendengar pandangan rakyat serta parti politik termasuk blok pembangkang.