JAKARTA - Pasaran saham Indonesia semakin lemah malah menjunam sebanyak satu peratus di tengah-tengah ketegangan yang menyelubungi demonstrasi yang berterusan.
Indeks Komposit Jakarta (IHSG) direkodkan pada 7,867 pada 9:55 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat, turun 1.03% berbanding kedudukan penutup hari sebelumnya.
Pelabur bertindak menjual saham mereka hingga menyebabkan IHSG merudum sehingga satu peratus pada permulaan dagangan.
Kira-kira 533 saham dilaporkan turut merosot di tengah-tengah khabar angin tentang demonstrasi yang semakin ganas dengan hanya 101 saham meningkat manakala 316 saham kekal tidak berubah.
Nilai urus niaga mencecah 6.17 trilion rupiah dengan kekerapan 765,000 transaksi dan volum dagangan 16.49 bilion saham.
Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Goto menyatakan mereka sudah membuat pengesahan dan siasatan dalaman dengan pihak berkaitan.
"Kami boleh mengesahkan bahawa Affan Kurniawan ialah rakan kongsi pemandu Gojek.
"Kami merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarganya dan rakan-rakan pemandu kami yang berkongsi kehilangan tragis ini," katanya menerusi kenyataan akhbar.
Demonstrasi dijangka berterusan dan berkemungkinan akan terus memberi tekanan ke atas IHSG. - Agensi