SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan mengambil tindakan segera berhubung isu ritual kuda kepang yang dikaitkan dengan amalan syirik di Batu Pahat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkenaan isu tersebut.