Buaya tembaga 100kg sesat dalam ladang sawit

Iklan
Buaya dianggarkan seberat lebih 100 kg berjaya ditangkap oleh anggota Perhilitan dibantu pekerja ladang.

PORT DICKSON - Seekor buaya tembaga dianggarkan seberat 100 kilogram (kg) ditemui tersesat di sebuah ladang sawit di Guthrie Linggi di sini pada Khamis.

Haiwan reptilia itu dipercayai terperangkap di dalam kawasan paya berlumpur sebelum disedari oleh pekerja ladang sekitar jam 3 petang.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya menerima aduan berhubung penemuan reptilia berkenaan sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi.

Buaya dianggarkan seberat lebih 100 kg berjaya ditangkap oleh anggota Perhilitan dibantu pekerja ladang.

Iklan

“Pasukan Perhilitan tiba di lokasi kira-kira jam 3.30 petang dan mendapati seekor buaya tembaga berada dalam keadaan terperangkap di kawasan berlumpur dalam ladang sawit tersebut.

“Operasi tangkapan berjaya dilakukan pada jam 3.40 petang dengan bantuan tiga anggota Perhilitan dan tujuh pekerja ladang,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, buaya tersebut dianggarkan sepanjang 10 kaki kemudian dihantar ke Kolam Buaya Jabatan di Paya Indah Wetlands.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya segera menghubungi Perhilitan atau pihak berkuasa sekiranya terlihat atau diganggu oleh hidupan liar, khususnya di kawasan perumahan atau penempatan manusia.

“Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat kami hargai,” katanya.