Lagi gegaran gempa bumi lemah landa Segamat

Iklan
Lagi gegaran gempa bumi lemah landa Segamat bermagnitud 3.4 itu berlaku pada jam 4.24 pagi Jumaat.

SHAH ALAM - Gegaran gempa bumi lemah sekali lagi direkodkan di Segamat pada pagi ini, susulan kejadian gegaran yang berlaku pada Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, gempa bermagnitud 3.4 itu berlaku pada jam 4.24 pagi.

Iklan
Iklan

"Pusat gegaran berada pada koordinat 2.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

"Kejadian itu berpusat kira-kira 22 kilometer timur laut Segamat dan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Johor," menurut kenyataan berkenaan.

Iklan

MetMalaysia menegaskan pihaknya akan terus memantau keadaan berkenaan dari semasa ke semasa.

Pada Khamis, gempa bumi lemah berukuran magnitud 2.5 berlaku pada jam 7.56 malam di Segamat, Johor, dengan gegaran dilaporkan turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar Johor.

Iklan

Terdahulu, pada 24 Ogos lalu, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada jam 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1.

Ia kemudian disusuli gegaran kedua pada jam 9 pagi di Yong Peng, kira-kira 28 kilometer barat laut Kluang, dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 kilometer.