Lempeng kartun bertemakan Kemerdekaan

Iklan

Lempeng kartun bertemakan Kemerdekaan yang dihasilkan oleh Peniaga Lempeng Kartun, Nornadia Mohamed, 32, ketika tinjauan hari ini. 

Tidak seperti lukisan biasa, proses menghasilkan lempeng kartun ini perlulah dilukis secara terbalik menggunakan bahan asas yang dicairkan seperti tepung, telur, susu dan pewarna makanan bagi mendapatkan hasil yang cantik dilihat selepas siap. 

Iklan
Iklan

Ibu kepada dua cahaya mata yang berkelulusan Ijazah Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam ini memilih untuk memanfaatkan kemahiran seni yang ada dengan berniaga lempeng kartun sejak dua tahun lalu bagi meningkatkan ekonomi keluarga. 

Menurut Nadia, lempeng kartun dijual dengan harga bermula dari RM10 hingga RM15 bergantung kepada gambar atau grafik yang dipilih.

Iklan
Iklan